Bantuan Persekolah Kawasan Batu Pahat

/ / Pendidikan
Batu Pahat, 1 Februari – Seramai 500 orang pelajar telah menerima sumbangan set kelengkapan persekolahan melalui Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2025, Kawasan Batu Pahat yang telah diadakan bertempat di Astaka Shahbandar, Batu Pahat, Johor dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM87,500.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Yang Berhormat Onn Bin Abu Bakar. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Puan Zainorida Ngario selaku wakil rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan para pelajar penerima sumbangan serta ibu bapa yang diraikan.
 
Dalam ucapannya, Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu Pahat menyatakan bahawa sumbangan yang disampaikan ini adalah bagi menyuntik semangat kepada para pelajar dan diharapkan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyiapkan persiapan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan yang baharu.
 
Majlis ini diakhiri dengan sesi penyerahan simbolik replika cek sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2025, Kawasan Batu Pahat dan penyampaian sumbangan bantuan kelengkapan persekolahan kepada penerima terpilih serta sesi bergambar bersama sebagai kenangan. Para ibu bapa pelajar yang menerima sumbangan meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas bantuan yang diberikan.