Bantuan Persekolahan Kawasan Tambun

/ / Pendidikan
8 Januari 2026, IPOH – Dengan membawa mesej “Madani Membantu”, seramai 500 orang pelajar sekolah rendah & menengah dari sekitar kawasan Tambun telah menerima manfaat daripada pelaksanaan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2026, Kawasan Tambun.
 
Majlis penyampaian Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2026, Kawasan Tambun ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Raimi bin Abd Rahim, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YAB Perdana Menteri bertempat di Dewan SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak.
 
Melalui majlis ini, Yayasan Taqwa-MAIWP telah memperuntukkan sumbangan berjumlah RM91,500 dalam bentuk sumbangan set pakaian dan kelengkapan persekolahan dalam usaha memberi kelegaan dan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan yang baru.
 
Turut Hadir, YBrs. Tuan Mohd Kamarul Arifin Bin Mohd Wafa, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YM Raja Azam Shah Raja Omar Ikram, Wakil Parlimen Tambun, Y.Bhg. Muhamad Hafiz Bin Razi, Ketua Unit Pendidikan Yayasan Taqwa-MAIWP yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, tetamu jemputan ibu bapa dan para pelajar.