17 April 2026, Perak – Alhamdulillah, Yayasan Taqwa-MAIWP turut memberi sokongan dalam agenda memperkasakan institusi pendidikan melalui Majlis Ihtifal Madrasah Idrisiah 2026 di Kuala Kangsar, Perak. Majlis yang diadakan bertempat di institusi pendidikan berusia lebih 100 tahun ni telah disempurnakan oleh YB. Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang turut menyampaikan ucapan penuh inspirasi mengenai kepentingan ilmu, akhlak dan peranan madrasah dalam melahirkan generasi berilmu serta berakhlak mulia.
Turut Hadir, Y.Bhg. Tuan Khairul Anwar El Syazalli bin Musa, Pengetua Madrasah Idrisiah, Y.Bhg. Tuan Haji Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik, Dato Pengelola Bijaya Diraja ke Bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Y.Bhg. Encik Muhamad Hafiz Bin Razi, Ketua Unit Pendidikan Yayasan Taqwa-MAIWP yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Guru-guru, Para Ibu bapa dan pelajar-pelajar Madrasah Idrisiah.
Melalui majlis yang sama, Yayasan Taqwa-MAIWP turut menyampaikan replika cek sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Madrasah Idrisiah bagi tujuan pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan pendidikan dan kecemerlangan pelajar. Semoga dengan sumbangan yang disalurkan akan melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin hebat Islam yang bakal menjadi pewaris kepimpinan pada masa hadapan.


















