Ziarah Kasih Madani Kampung Tanjung Aru, Sandakan

/ / Kebajikan
29 April 2026, Sandakan – Meneruskan agenda Ziarah Kasih Madani, program diteruskan ke Kampung Tanjung Aru dengan fokus menyantuni komuniti setempat melalui pendekatan kebajikan dan pengimarahan institusi masjid.
 
Dalam kesinambungan ini, Yayasan Taqwa MAIWP telah menyalurkan bantuan berjumlah RM10,000 kepada Masjid Nurul Iman, Kampung Tanjung Aru sebagai usaha memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah, pembangunan rohani dan aktiviti komuniti.
 
Pada masa yang sama, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP turut menyalurkan sumbangan kewangan berjumlah RM10,000 kepada 100 orang komuniti Kampung Tanjung Aru, bagi meringankan beban serta menyokong keperluan harian mereka.
 
Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, yang terus komited memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam kalangan komuniti yang memerlukan.
 
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan berterusan agensi-agensi agama dalam mendekati rakyat secara langsung, bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi membina hubungan yang lebih dekat dan bermakna bersama masyarakat.
 
Semoga usaha ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperkukuh kesejahteraan komuniti setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.