Majlis Ilmu MADANI telah berlangsung dengan penuh keberkatan bersama Ustaz Abdul Somad sebagai penceramah jemputan dalam majlis yang diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Dalam tausiahnya, beliau menekankan tema perpaduan dalam kepelbagaian budaya dan agama, dengan mengambil ibrah daripada kehidupan Rasulullah SAW.
Khazanah turath yang dikupas menemukan bahasa kehidupan, menjadikan persoalan agama dekat dengan denyut keseharian masyarakat. Hadirin turut menimba makna daripada telaga ilmu yang mendalam yang disampaikan oleh penceramah, sekali gus memperkukuh kefahaman dan semangat kebersamaan.

















