Bantuan bagi memperkukuhkan peranan Ma’ahad An Noer

/ / Dakwah
16 Ogos 2025, Janda Baik – Program kedua diteruskan dengan kunjungan ke Ma’ahad An Noer, sebuah Pusat Pengajian Tinggi Islam Alim dan Al-Quran yang berlokasi di Kampung Chemperoh.
 
Ma’ahad yang diasaskan oleh Al-Mursyid Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Marbu Al-Banjari Al-Makki ini menjadi tumpuan dalam melahirkan para ilmuan Islam dan huffaz Al-Quran.
 
Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, disambut mesra oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin sendiri dalam satu kunjungan hormat yang penuh barakah.
 
Dalam pertemuan yang penuh mahabbah tersebut, YB Menteri telah meluluskan bantuan segera kepada pihak Maahad sebanyak RM 20,000.00 bagi menyokong pelaksanaan program serta aktiviti yang dirancang.
 
Bantuan ini diharap dapat memperkukuh peranan Ma’ahad An Noer sebagai pusat pengajian Islam yang berterusan mendidik generasi muda dengan ilmu agama, penghayatan Al-Quran serta membina kepimpinan berteraskan nilai Islam.