PROGRAM SEMARAK ROHANI TOWN HALL RAHMATAN LIL ‘ALAMIN DAN PROGRAM DAKWAH KAWASAN OPERASI (PRODAKSI) DI LABUAN DAN SEMPORNA SABAH TAHUN 2019

/ / Dakwah

Pelancaran Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) Tahun 2019 telah dilancarkan di Kompleks Darul Kifayah, Labuan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa, Menteri  Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) pada 19 Ogos 2019. Dalam majlis pelancaran itu turut diadakan Program Semarak Rohani Town Hall Rahmatan Lil ‘Alamin  yang disampaikan sendiri YB Menteri dalam memberi penerangan yang lebih jelas kepada masyarakat berkenaan dengan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin. Seramai 600 orang peserta telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada gabungan tentera dan agensi-agensi kerajaan di Labuan serta masyarakat setempat.

Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) Tahun 2019 telah dilaksanakan pada 20- 23 Ogos 2019 di Semporna, Sabah. Program tersebut  melibatkan seramai 52 orang peserta  gabungan agensi agama yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Taqwa (MAIWP),  Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri  Sabah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), MAPIM dan Yayasan Restu telah berpadu tenaga atas nama “Daie Medan”  dalam menjayakan program tersebut.

Program tersebut telah diisi dengan program berbentuk dakwah berteraskan konsep Rahmatan Lil ‘ Alamin kepada masyarakat sekitar Semporna dan Pulau Mabul seperti Forum Perdana, Ziarah Dakwah Santai , Jelajah  ke Masjid dalam sesi ceramah agama dan sesi penyerahan bantuan untuk asnaf yang kurang berkemapuan.

Dalam siri dakwah di Pulau Mabul, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah menyumbang sejumlah wang untuk pembangunan Madrasah di Pulau Mabul. Madrasah tersebut adalah satu-satunya madrasah di Pulau Mabul yang bergerak sendiri demi pembangunan insan dan sahsiah masyarakat setempat.  Seramai 200 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa berusia 5 hingga 17 tahun sedang menuntut ilmu di madrasah tersebut.  Selain itu, pihak Yayasan juga telah memberi bantuan alat tulis untuk pelajar-pelajar madrasah tersebut. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak memberi   semangat  dan galakkan buat pelajar- pelajar dalam mencipta kecemerlangan dunia dan akhirat.

Semoga dengan terlaksananya program seumpama ini yang mendapat kerjasama semua pihak khususnya agensi-agensi agama dapat membantu menyemarakkan lagi usaha dakwah di negara ini seterusnya membawa gagasan yang diperkenalkan oleh YB Menteri sendiri di negara ini khususnya di kawasan2 yang terlibat. Semoga Allah memberkati usaha murni ini dan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang Insya Allah.