BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR AMPANG

/ / Kebajikan

23 November 2021, Dewan Lembah Jaya Ampang Jaya – Unit Kebajikan Yayasan Taqwa MAIWP menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Ampang Jaya. Banjir yang melanda kawasan tersebut pada 22 November yang lepas telah mengakibatkan kerosakan besar kepada warga tempatan sehinggakan ada di antara mereka tinggal sehelai sepinggang. Pelbagai barangan seperti barangan elektronik, perabot-perabot malah kenderaan penduduk setempat rosak sama sekali.

Penyerahan Sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP Dato’ Haji Razali bin Hj Sahabudin, diiringi bersama Datuk Dr Mohd Ghazali Bin Md Noor, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa MAIWP dan Tn Hj Zabidi Bin Nasan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP.

Sumbangan terdiri daripada makanan asas seperti beras, makanan kering, minyak dan sebagainya akan diagihkan kepada 50 orang mangsa yang terlibat. Disamping itu, tinjaun ke tempat kejadian mendapati, kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan. Kerjasama daripada pelbagai pihak seperti JAKIM, PDRM, RELA, Pusat kepimpinan tempatan serta Badan Badan Bukan Kerajaan (NGO) diharapkan dapat meringkan beban mangsa-mangsa banjir ini.

Yayasan Taqwa-MAIWP juga berharap sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban ahli keluarga sekaligus memberi kekuatan semangat kepada mangsa untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.