Bantuan keseluruhan RM19,500.00 kepada golongan B40 Sabah

/ / Dakwah
05 Ogos 2022, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah – Ziarah Musaadah SDK, Menyantuni Asnaf Penduduk Pulau Bum Bum yang dianjurkan oleh JAKIM Bahagian Dakwah dengan kerjasama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, JAKIM Sabah, Majlis Agama Islam Negeri Sabah serta syarikat-syarikat korporat JAKIM telah disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah.
 
Yayasan Taqwa- MAIWP telah memperuntukkan sumbangan berupa bakul makanan berjumlah RM19,500.00 untuk golongan asnaf, golongan B40 serta penduduk yang terkesan covid-19 yang telah disampaikan oleh YB Timbalan Menteri sambil disaksikan oleh Pengerusi Yayasan Taqwa, Dato’ Hj Razali Bin Shahabudin, Pengarah JAKIM Sabah, Datuk Hj Norjeli Bin Haji Dais, Puan Norhalina Binti Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan yang menjalankan tugas Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Puan Wan Wizana Binti Hashim, Pengarah Bahagian Penyiaran JAKIM serta Tn Hj Asnawi Bin Hj Jawaji, Ketua Kampung Gusung Melanta, Pulau Bum Bum, Semporna Sabah.
 
Semoga dengan berlangsungnya program seumpama ini dapat mencapai objektif utamanya iaitu dapat membantu meringankan beban para asnaf serta dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat dengan agensi agama melalui rangkaian syarikat korporat dan Majlis Agama Islam Negeri.