Bantuan Pasca Banjir, Beaufort

/ / Kebajikan
MISI BANTUAN PASCA BENCANA SKUAD IHSAN MADANI (HAL EHWAL AGAMA) DI BEAUFORT, SABAH
 
22 Januari 2026 (Khamis), Beaufort, Sabah – Telah berlangsung Majlis Misi Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) di Masjid Daerah Beaufort, Sabah, yang telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
Misi ini telah menyantuni seramai 280 keluarga yang diwakili oleh Ketua Isi Rumah (KIR) di Daerah Beaufort. Melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yayasan Taqwa MAIWP telah menyalurkan bantuan kepada 15 buah masjid dan 11 buah surau di Daerah Beaufort, Sabah, yang terjejas akibat bencana banjir dengan nilai sebanyak RM5,000.00 bagi setiap masjid dan surau yang terlibat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM130,000.00.
 
Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri berkata bahawa Kerajaan MADANI, khususnya di bawah JPM (Hal Ehwal Agama), sentiasa berusaha menyantuni masyarakat tanpa mengira lokasi serta sentiasa bersiap siaga dalam sama-sama meringankan beban rakyat dalam musim bencana.
 
Bantuan Pasca Bencana ini juga amat signifikan dalam konteks semasa yang memerlukan doa, munajat serta kesepaduan rakyat Malaysia agar negara terus dikurniakan kesejahteraan dan keselamatan sepanjang masa, selaras dengan dasar Malaysia MADANI dalam memelihara perpaduan rakyat Malaysia.
 
Turut hadir ialah Encik Faizal bin Ibrahim, KPPK Bahagian Dakwah JAKIM mewakili Ketua Pengarah JAKIM; Dr. Baharuddin bin Othman, Pengarah JAKIM Sabah; Tuan Haji Abdullah Zuhdee bin Ab. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa; serta Encik Khairul Annuar bin Ibrahim, Ketua Divisyen Sosioekonomi YAPEIM.
 
Semoga Naratif MADANI Membantu ini terus menyantuni serta meninggalkan impak yang mendalam buat mangsa bencana, khususnya di Beaufort, Sabah