12 Feb. 2024, Kuantan – Yayasan Taqwa MAIWP telah menyalurkan bantuan pembinaan rumah baru ‘Bayt al-Rahmah’ kepada Puan Azuraida, juga merupakan kakak sulung kepada keluarga Puan Aina yang tinggal disekitar Kampung Rumbia, Beserah.
Rumah pusaka yang didiami oleh adiknya Puan Aina bersama 5 orang adik OKU lain di Kampung Rumbia telah musnah akibat kebakaran yang berlaku pada petang 17 Mei 2023. Yayasan Taqwa MAIWP juga turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa pada keluarga Puan Aina.
Pembinaan rumah ini telah bermula pada November 2023 hampir 80% siap dan dijangkakan siap sepenuhnya pada hujung Februari 2024.
Pada hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, turun pandang bagi melihat sendiri bantuan pembinaan yang sedang dijalankan oleh Yayasan Taqwa MAIWP.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, YBhg. Tuan Haji Zabidi bin Nasan turut mengiringi Yang Berhormat Menteri bagi melihat kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada keluarga Puan Azuraida.
Turut hadir bersama Pegawai Daerah Kuantan, YBhg. Dato’ Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP ,YBhg. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman, Penyelaras DUN Beserah, YBhg. Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin AB Hamid, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, dan Penghulu Kampung.
Semoga bantuan sumbangan ini dapat meringkan beban yang ditanggung dan memberi sedikit keselesaan tempat tinggal baru bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.

















