- Version
- Download 25
- File Size 137.79 KB
- File Count 1
- Create Date August 17, 2026
- Last Updated August 17, 2026
PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN KOMPUTER RIBA 2026
Tender adalah dipelawa secara TERBUKA kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi perkhidmatan/bekalan berikut :
| No. Siri Tender/TajukTender | Kelayakan / Kod Bidang | Tarikh, Masa & Tempat Taklimat | Tarikh Jual Dokumen & Harga Dokumen | Tarikh & Masa Tender Tutup |
|
T/YTWP/01/2026 PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN KOMPUTER RIBA BAGI MAHASISWA DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 2026
|
210101 |
DIWAJIBKAN TARIKH : 21/08/2026 ( Jumaat) MASA : 10.00 am TEMPAT : Bilik Mesyuarat, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Tkt. 11 Bangunan PERKIM, 150 Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur |
TARIKH 21/08/2026 (Jumaat) Hingga 4/09/2026 (Jumaat) HARGA DOKUMEN: RM70.00 Bayaran secara online : (Tidak akan dikembalikan) |
TARIKH TUTUP : 07/09/2026 (Isnin) MASA: 12.00 tengah hari |
Sesi taklimat adalah WAJIB dan dihadiri oleh PENAMA dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia SAHAJA. Sila bawa Bersama SSM, sijil akuan pendaftaran syarikat dan sijil akuan bumiputera.
Syarikat yang ingin memasuki tawaran diatas dikehendaki membayar secara atas talian berjumlah RM 70.00 seperti berikut :
Nama: Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Nama Bank : Bank Islam (M) Berhad
No. Akaun : 14023010010358
Email: [email protected]
Dokumen tender dalam bentuk soft copy akan dihantar melalui email setelah bukti pembayaran diterima. Bukti pembayaran hendaklah di email kepada [email protected]
Petender hendaklah mengemukakan semua sijil kelayakan yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen.
Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender tidak
lewat dari tarikh dan waktu yang ditetapkan ke alamat di bawah :
Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Kaunter Utama
Tingkat 11
Bangunan PERKIM
No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah
51200 Kuala Lumpur
Kenyataan tender telah dipamerkan pada 18.08.2026



