PROGRAM FOOD FOR MAHASISWA (FFM) 2019

/ / Pendidikan

Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Persatuan Mahasiswa Prihatin telah menganjurkan Program Food For Mahasiswa (FFM) 2019 bertempat di Pusaneka UKM pada 23 April 2019. Melalui program ini, sejumlah 200 pek makanan dan minuman diagihkan kepada mahasiswa UKM yang memerlukan setiap minggu (selama 24 minggu) bertempat di Pusaneka UKM yang digerakkan oleh urusetia daripada kalangan mahasiswa. Turut hadir dalam program pengagihan makanan tersebut adalah Saudara Muhammad Hilmi Azizi Bin Badri yang mewakili Yayasan Taqwa (MAIWP),   Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A.Karim, Timbalan Naib Canselor HEPA UKM dan Saudara Muhammad Luqman Bin Saiful Izham yang mewakili Persatuan Mahasiswa Prihatin. Program ini diadakan dengan objektif  untuk meringankan mahasiswa yang terbeban dengan masalah kewangan selain melahirkan mahasiswa yang prihatin dan cakna terhadap isu-isu semasa terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan golongan mahasiwa itu sendiri. Program ini juga dapat memupuk kerjasama erat semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) dan golongan mahasiswa.