Seramai 705 orang pelajar sekolah rendah terpilih yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Kangar dan Arau, Perlis telah menerima bantuan persekolahan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2017, peringkat Negeri Perlis, kawasan Kangar dan Arau yang telah berlansung pada 11 Februari 2017 bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Program anjuran bersama Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlisini telah diserikan dengan kehadiranYAB Dato’ Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis yang turut merasmikan majlis tersebut. Turut hadir, Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Y.Bhg. Tuan Haji Zambri Bin Isa, Presiden GPMS danY.Bhg. Encik Mohd Aishamuddin Bin Yaakob, Pengerusi GPMS Perlis, dan Y.Bhg. Encik Azran Bin Mohamad, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perlis. Bagi Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan Peringkat Negeri Perlis, Kawasan Kangar dan Arau pada kali ini, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah menyumbangkan sumbangan berbentuk set pakaian dan peralatan persekolahan. Di dalam ucapannya, YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man turut menekan
kan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak serta memberi dorongan serta contoh terbaik kepada anak-anak mereka agar berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah diatas kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibatbagi membolehkan majlis tersebut berjalan dengan lancar danmemastikan pelajar-pelajar tersebut dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa dalam sesi persekolahan yang baharu.