PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG (SUIT) 2019, PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

/ / Pendidikan

Seramai 200 orang pelajar tingkatan 3 hingga 5 yang terpilih dari sekitar daerah Rembau telah mengikuti Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang (SUIT) 2019, peringkat Negeri N.Sembilan yang diadakan pada 24 Jun 2019 bertempat di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, N. Sembilan. Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan program anjuran Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Negeri Sembilan yang memfokuskan kepada pembentukan sahsiah diri pelajar khususnya kepada pelajar di peringkat menengah. Pelaksanaan program ini adalah berobjektifkan untuk memberi kesedaran dan membentuk para pelajar khususnya pelajar tingkatan 3 hingga 5 (peringkat kritikal dalam menempuh usia remaja) ke arah mempunyai keperibadian dan sahsiah diri yang baik. Melalui program yang dikendalikan oleh penceramah khas, Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Saifullah ini, peserta dirangsang untuk melakukan perubahan diri melalui integrasi pada peringkat fizikal, mental, rohani, emosi dan sosial. Program ini juga dijalankan bagi membina keyakinan diri pelajar bahawa mereka telah dicipta dengan sebaik kejadian dan bukan dicipta untuk gagal. Peserta juga akan dibimbing untuk membuat persediaan untuk menghadapi cabaran dunia di masa akan datang dengan jati diri yang mantap dan komunikasi yang cemerlang.