Laman Web Rasmi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

  • Laman Utama
  • Kenali Kami
    • Sejarah Penubuhan
    • Peranan Utama
    • Objektif Korporat
    • Visi & Misi
  • Teras Utama
    • Pendidikan
    • Kebajikan
    • Dakwah
  • Hubungi Kami
    • Lokasi Kami
    • Ahli Lembaga Pemegang Amanah
    • Direktori Staf
    • Pertanyaan / Aduan / Cadangan
  • Tender
    • Kenyataan Tender yang telah diterima
  • Home
  • Pendidikan
  • MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2017, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG , KAWASAN KEPALA BATAS

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2017, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG , KAWASAN KEPALA BATAS

by Unit Pendidikan / Sunday, 22 January 2017 / Published in Pendidikan

Seramai 317 orang pelajar sekolah rendah daripada keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang telah menerima bantuan persekolahan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2017, peringkat Negeri Pulau Pinang, kawasan Kepala Batas yang telah diadakan pada 21 Januari 2017 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Perdana, Kepala Batas. Program anjuran bersama Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Utara dan Pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas. Turut hadir menyerikan majlis, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Y.Bhg. Tuan Haji Zambri Bin Isa, Presiden GPMS dan Y.Bhg. Encik Mohamad Muzaidee Bin Mohammed Ali, Pengerusi GPMS Pulau Pinang, Bagi Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada kali ini, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah menyumbangkan sumbangan berbentuk set pakaian dan peralatan persekolahan  kepada pelajar-pelajar yang terpilih yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini diberikan bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut belajar dalam keadaan yang lebih selesa dengan pakaian baru. Selain itu juga, ia juga bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan berjaya di alam persekolahan dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan kelak bagi membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

What you can read next

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2018, PERINGKAT NEGERI TERENGGANU , KAWASAN HULU TERENGGANU
PROGRAM SKUAD KECEMERLANGAN AKADEMIK (SCAD) 2018, PERINGKAT NEGERI MELAKA
Bantuan kepada Pelajar

SEARCH

RECENT POSTS

  • Sumbangan Kepada Pusat Jagaan Anak Yatim

  • Bantuan bagi memperkukuhkan peranan Ma’ahad An Noer

  • Sumbangan Untuk Pembangunan Surau Chemperoh

logo-ppz-transparent
YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN

Tingkat 11, Bangunan PERKIM,
No. 150 Jalan Sultan Azlan Shah
51200 Kuala Lumpur. MALAYSIA.
No Tel : 03-4041 4155 / 4166
Email : [email protected]

  • GET SOCIAL

© 2023 HAK CIPTA TERPELIHARA. YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN. Disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat

TOP