MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2018, PERINGKAT NEGERI PERAK, KAWASAN BAGAN SERAI

/ / Pendidikan

Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2018, peringkat negeri Perak, kawasan Bagan Serai pada kali ini telah diadakan pada 13 Januari 2018 bertempat di Dewan Komuniti Bagan Serai, Perak anjuran bersama Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Bagan Serai. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Sham Bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu. Turut hadir menyerikan majlis, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan. Melalui majlis ini, sumbangan telah disampaikan kepada 400 orang pelajar sekolah rendah yang mana setiap pelajar menerima sumbangan berbentuk set pakaian dan peralatan persekolahan. Di dalam ucapannya, Yang Berhormat Dato’ Haji Sham Bin Mat Sahat menegaskan bahawa sumbangan yang diberikan ini adalah bagi meringankan beban keluarga pelajar yang kurang berkemampuan dalam menjalani sesi persekolahan yang baru dibuka. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Yayasan Taqwa (MAIWP) dan semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan majlis tersebut.