Misi Bantuan Pasca Banjir Kelantan dan Terengganu

/ / Kebajikan
MISI BANTUAN PASCA BANJIR NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANU ANJURAN BERSAMA AGENSI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
 
Tarikh : 20 – 21 Disember 2023
Tempat : 1) Masjid Jubli Perak Sultan Ismal Petra, Rantau Panjang
2) Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
 
Satu misi bantuan pasca banjir telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama agensi di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang melibatkan Kelantan dan Terengganu. Bencana musibah banjir yang telah melanda dua negeri ini mengakibatkan ribuan penduduk terkesan.
 
Satu jaringan kerjasama diantara agensi yang terlibat telah diaturkan bagi membantu mangsa mangsa banjir di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu. Pelbagai barangan telah diserahkan antaranya adalah makanan sedia untuk dimakan (RTE), barangan makanan asas, kit ibadah dan pelbagai lagi. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan turut serta dengan menyediakan bantuan berbentuk beras dan makanan asas kepada 305 orang mangsa yang terlibat.
 
Penyerahan simbolik sumbangan bantuan pasca banjir di kedua dua daerah tersebut yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Ybhg Tn Haji Ruslan Bin Said, diiringi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Ybhg Tn Hj Zabidi Bin Nasan serta wakil-wakil agensi di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat memberi manfaat serta meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.