
27 hingga 29 Oktober 2023, Kuala Lipis – Program Mudik ke Hulu Zon Timur anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dengan kerjasama Yayasan Taqwa MAIWP, Sekreteriat Dakwah Korporat (SDK), Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP), Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang(MUIP), DRB-HICOM, dan POS Malaysia.
Program yang dijalankan selama 3 hari ini bertempat di Kampung Orang Asli Simoi, Pos Lenjang, Kuala Lipis. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam dari jalan utama ke perkampungan Simoi, melalui jalan balak dengan menggunakan kenderaan 4×4.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama masyarakat orang asli antaranya ramah mesra dan sumbangan bakul makanan dari rumah ke rumah orang asli, sukaneka, gotong royong memasak, agihan makanan kepada masyarakat orang asli.
Turut diadakan juga Majlis perasmian bagi Program Mudik ke Hulu Zon Timur dan diserikan lagi dengan majlis akad nikah, pengislaman saudara baru dan majlis penyampaian sumbangan kepada masyarakat orang asli.
Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said serta diringi oleh Ketua Penolong Pengarah JAIP, Tuan Haji Fadzli bin Mad.
Diiringi juga dengan penyerahan cek cura simbolik sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada Tok Batin Kampung Simoi Lama, Jouh bin Kerang bagi tujuan program dan aktivit yang dijalankan dikampung tersebut. Simbolik penyerahan disampaikan oleh Ketua Unit Kewangan, Farah hanani binti ibrahim@Sulaiman.
Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan dan melancarkan lagi program serta aktiviti yang dijalankan.