18 Februari 2024, Kuala Lumpur – Karnival MAIWP tahun 2024 diadakan pada hari ini bermula seawal jam 6.30 pagi tadi dengan dengan Program Fun Run oleh para peserta. Karnival ini akan di penuhi dengan aktiviti dan program untuk membawa MAIWP, Agensi di bawah MAIWP serta penglibatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk dekat kepada masyarakat.
Bertemakan 50 Tahun – Memacu Kegemilangan Ummah, karnival ini bukan sahaja akan memberi peluang masyarakat untuk mendekati MAIWP malahan menariknya pada Karnival ini, diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas penubuhan MAIWP pada 1 Februari 1974.
Semenjak penubuhan MAIWP pada 1 Februari 1974 hingga 1 Februari 2024, MAIWP telah mengalami proses evolusi dan transisi.
Perubahan dan perkembangan yang berlaku menunjukkan satu proses ke arah yang positif iaitu khususnya jumlah kutipan zakat yang kian meningkat dari tahun ke tahun.
Yayasan Taqwa MAIWP juga memperuntukan jumlah keseluruhanya RM2,139,200.00 bagi Program Jom Ke Sekolah 2024 dengan mensasarkan kepada 14,000 orang pelajar diseluruh Negeri.
Turut diadakan juga, pelancaran Program Jom Ke Sekolah 2024 Yayasan Taqwa MAIWP dengan gimik penyerahan bantuan persekolahan seperti peralatan alat tulis, beg sekolah, wang tunai dan cek cura kepada wakil pelajar yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis Penyampaian sumbangan itu turut diiringi oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya
Turut hadir ke Karnival MAIWP 2024, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan Ketua-ketua Anak Syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Semoga Karnival yang diadakan ini tidak lain tidak bukan untuk memperhebatkan lagi usaha dalam memaklumkan kepada masyarakat tentang usaha proaktif MAIWP melaksanakan agenda pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan khususnya menerusi agihan zakat sekaligus menjadikan Yayasan Taqwa MAIWP sebagai sebuah agensi pemangkin dalam melesterasikan Kesejahteraan Ummah diluar Wilayah.



















