PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG (SUIT) 2019, PERINGKAT NEGERI JOHOR

/ / Pendidikan

Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang (SUIT) 2019, Peringkat Negeri Johor pada kali ini telah diadakan pada 9 Julai 2019 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu, Mersing anjuran Yayasan Taqwa (MAIWP). Seramai 200 orang pelajar tingkatan 3 hingga 5 daripada SMK Anjung Batu telah terpilih sebagai peserta program yang dijalankan dalam tempoh sehari. Melalui penceramah yang dijemput khas iaitu Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Saifullah,  peserta dirangsang untuk melakukan perubahan diri melalui integrasi pada peringkat fizikal, mental, rohani, emosi dan sosial. Program ini juga dijalankan bagi membina keyakinan diri pelajar bahawa mereka telah dicipta dengan sebaik kejadian dan bukan dicipta untuk gagal. Para peserta yang khususnya merupakan pelajar tingkatan 3 hingga 5 (peringkat kritikal dalam menempuh usia remaja) juga dibimbing untuk membuat persediaan untuk menghadapi cabaran dunia di masa akan datang dengan jati diri yang mantap dan komunikasi yang cemerlang. Melalui maklumbalas yang diberikan oleh Tuan Haji Saiful Bin Atan,  Pengetua SMK Anjung Batu, beliau berpandangan keseluruhan program adalah sangat baik untuk para pelajar dan warga sekolah dan beliau berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.