PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020, KAWASAN MASJID TANAH, MELAKA

/ / Pendidikan

Pada 24 November 2019, Yayasan Taqwa-MAIWP dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Masjid Tanah telah menganjurkan Program Jom Ke Sekolah 2020, Kawasan Masjid Tanah, Melaka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Majlis yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin yang berbesar hati untuk hadir serta merasmikan majlis tersebut. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan yang turut menyaksikan penyerahan sumbangan berupa set pakaian dan peralatan persekolahan kepada seramai 400 orang pelajar. Di dalam ucapannya, YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin menekankan berkenaan tujuan utama program ini diadakan iaitu  untuk memberi galakan dan dorongan kepada pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Selain itu, bantuan ini juga dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan baharu. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.