PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020, KAWASAN TEMERLOH, PAHANG

/ / Pendidikan

Pada 19 November 2019, Yayasan Taqwa-MAIWP dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Temerloh telah mengadakan Program Jom Ke Sekolah 2020, Kawasan Temerloh, Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari sekitar kawasan Temerloh. Majlis sumbangan yang diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh ini diserikan lagi dengan kehadiran wakil kepada YB. Datuk Wira Haji Mohd. Anuar bin Mohd. Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Temerloh, iaitu Y.Bhg. Encik Ahmad Tarmizi Bin Ismail, Setiausaha Sulit YB. Timbalan Menteri Kerja Raya . Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, yang menyaksikan penyerahan sumbangan berupa set pakaian dan peralatan persekolahan kepada seramai 400 penerima.. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi galakan dan dorongan serta membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna selain dapat meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan yang baharu.