MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2019, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG, KAWASAN PERMATANG PASIR

/ / Pendidikan

Pada 20 Januari 2019, Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah dan Pejabat ADUN Permatang Pasir telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2019, peringkat Negeri Pulau Pinang, Kawasan Permatang Pasir kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Majlis yang diadakan di SMK Permatang Pasir, Bukit Mertajam ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Muhammad Faiz Bin Dato’ Fadzil, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir yang berbesar hati untuk hadir serta merasmikan majlis tersebut. Turut hadir, Yang Berusaha En. Mohd Nazirul Afiq Bin Jamaluddin wakil kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa (MAIWP) yang turut menyaksikan penyerahan sumbangan berupa set pakaian dan peralatan persekolahan kepada seramai 400 orang pelajar. Di dalam ucapannya, Yang Berhormat Muhammad Faiz Bin Dato’ Fadzil menekankan berkenaan tujuan utama program ini diadakan iaitu  untuk memberi galakan dan dorongan kepada pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Selain itu, bantuan ini juga dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan yang baharu bermula. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah diatas kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.