Program Misi Bantuan Pasca-Banjir

/ / Kebajikan
3 Feb. 2024, Pahang – Program Misi Bantuan Pasca-Banjir Agensi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Yayasan Waqaf Malaysia, MAIWP, YaPEIM, Tabung Haji, YADIM dan Yayasan Taqwa.
 
Bantuan bermula dengan Majlis Penyerahan Program Sinar Lestari YaPEIM kepada Puan Normala binti Mustafar serta Sesi Santai dan Ramah Mesra Bersama Penerima di Kampung Jarau, Pekan. Rombongan YB Menteri seterusnya telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Felda Chini 1, Pekan dan di Kampung Sarang Tiong, Rompin.
 
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pegawai Daerah Pekan, Pegawai Daerah Rompin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dan Ketua Unit Kebajikan Yayasan Taqwa – MAIWP.
 
Yayasan Taqwa – MAIWP menyalurkan bantuan berjumlah RM50,000 bagi penerima-penerima di Felda Chini 01 Pekan dan Kampung Sarang Tiong, Rompin.
Jumlah sumbangan keseluruhan dalam Misi Bantuan Banjir Agensi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di negeri Pahang pada kali ini adalah berjumlah RM561,640.52.
 
Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan saudara-saudara kita di negeri Pahang yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini. Kita juga sentiasa mendoakan agar mereka yang telah diuji oleh Allah SWT ini dapat bersabar di atas ujian-Nya dan semoga hidup mereka sentiasa diberkati Ilahi.