PROGRAM BANTUAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF, MASJID TUKANG JUSOH, KOTA KUALA MUDA

/ / Kebajikan

Program ini berlangsung pada 25 Disember 2016 dimana bantuan berbentuk barangan makanan serta wang tunai diserahkan kepada 80 orang asnaf sekitar Kota Kuala Muda, Kedah. Program yang berlangsung pada pukul 9.30 malam ini dihari hampir 60 orang jemaah dan juga penerima bantuan. Bantuan diserahkan oleh Penolong Ketua Unit kebajikan, Imam masjid serta penghulu JKKK kawasan tersebut. Penerima bantuan kebanyakannya adalah dari golongan warga emas, fakir serta miskin. Bantuan sebanyak RM50.00 tunai serta barangan makanan seperti beras, gula, susu pekat, kicap dan sebagainya diserahkan kepada penerima bantuan. Bantuan seperti ini diharapkan dapat meringankan beban asnaf serta mengukuhkan ekonomi penduduk islam sekitar Kota Kuala Muda