PROGRAM SKUAD KECEMERLANGAN AKADEMIK (SCAD) 2018, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

/ / Pendidikan

Khamis, 12 Julai – Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah menganjurkan Program Skuad Kecemerlangan Akademik (SCAD) 2018, Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir. Berobjektifkan untuk membentuk generasi pelajar yang bermotivasi dan komited dalam meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri, membina tahap keyakinan yang tinggi dan dapat membentuk semangat berpasukan yang mantap dan mendedahkan kepada masyarakat berkenaan peranan yang dimainkan oleh institusi zakat seperti Yayasan Taqwa (MAIWP), program ini telah disertai seramai 410 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2018. Para peserta juga telah didedahkan dengan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan daripada guru-guru pakar. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permatang Pasir yang berbesar hati untuk hadir serta merasmikan majlis tersebut. Turut hadir, Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Y.Bhg. En. Mohd. Alif Anas Bin Md. Noor, Setiausaha Agung GPMS Kebangsaan.