RAMAH MESRA MASYARAKAT FELDA CHINI

/ / Dakwah

Yayasan Taqwa Dengan Kerjasama Puspanita MAIWP, Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri, telah berjaya menganjurkan Program Kembara Eksplorasi Dakwah Dan Ramah Mesra Masyarakat Felda Chini pada 12 dan 13 Mei 2016 bertempat di Padang Awam Bandar DARA, Chini, Pekan, Pahang.

Program Kembara Eksplorasi Dakwah Dan Ramah Mesra Masyarakat Felda ini merupakan satu program yang dianjurkan bagi mendekati masyarakat desa.  Penganjuran program ini adalah merupakan pendekatan yang sangat berkesan untuk mendekati masyarakat desa sekaligus merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama Islam. Tambahan pula di kawasan Felda Chini ada di antara penduduk ini terdiri daripada masyarakat Orang Asli dimana ada dikalangan mereka telah memeluk Islam. Usaha dakwah ini sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada keutuhan agama Islam di dalam jatidiri mereka untuk terus menghayati Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Seramai hampir  200 orang penduduk dari Felda Chini dan penduduk di sekitarnya  yang terdiri daripada warga emas, belia dan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang telah diaturkan. Antara aktiviti yang diadakan ialah perlawanan bola sepak dan bola jaring  berkain pelekat dan batik yang diwakili oleh penduduk Felda dan urusetia daripada agensi, Malam Akustika Nurani pula diadakan pada sebelah malamnya dimana bual bicara daripada 3 orang ahli panel diselang seli dgn alunan petikan gitar dan nyanyian. Pada hari kedua kursus motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah kebangsaan yang di selia oleh Permuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA) Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan membawakan ikon belia Majlis Belia Felda telah diadakan. Pada masa yang sama acara sukaneka dan pertandinan melukis kanak-kanak diadakan. Kemeriahan program ini juga ditambah dengan pertandingan memasak char kueh teow yang disertai seramai 20 orang dan pertandingan gubahan kreatif pelbagai bahan untuk kaum wanita. Sesi pemeriksaan kesihatan pula dijalankan oleh Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi. Disamping itu urusetia dan penduduk dari felda bergotong royong dan bekerjasama untuk aktiviti kenduri rakyat. Di sebelah petang konvoi bermotor ziarah pesakit kronik di sekitar Felda Chini dan juga penyerahan hamper kepada masyarakat orang Asli di Kampung Gumum telah diadakan disertai oleh agensi-agensi terlibat. Kemuncak acara program ini adalah persembahan daripada Najwa Latif, Gee Heart Busker dan beberapa lagi persembahan lain disebelah malamnya.

Majlis Perasmian dan penyerahan replika cek sumbangan masjid dan surau dalam gugusan Chini serta simbolik penyampaian sumbangan bantuan persekolahan dan penyampaian hadiah sukan dan pertandingan sumbangan disempurnakan oleh YB Dato’ Abu Bakar bin Haji Harun Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chini dan turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Mohamad Khairudin Bin Haji Mohamad, Pengarah Seranta (FELDA) Jabatan Perdana , Tuan Haji Zakuan Bin Sawai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa turut serta adalah pegawai-pegawai dari Yayasan Taqwa, MAIWP,   Seranta (FELDA) JPM dan FELDA. Penyampaian

 

 Penganjuran program mendapat sambutan oleh penduduk di felda diharapkan program sebegini akan diteruskan penganjuran ke seluruh negeri di Malaysia pada masa-masa akan hadapan demi memantapkan medium dan mekanisma penyampaian dakwah dikalangan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *