
10 – 12 Januari 2025, Subang Jaya – Yayasan Taqwa-MAIWP dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation dan Gabungan Dakwah Malaysia telah menganjurkan “Revert Leadership Camp” bertempat di Geno Hotel, Subang Jaya.
Program ini telah disertai seramai 36 orang peserta terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pembimbing mualaf adalah seseorang yang memberikan bimbingan, pendampingan, dan pendidikan kepada seseorang yang baru masuk Islam atau seorang mualaf. Pembimbing ini perlu memiliki pemahaman yang baik tentang agama Islam dan bertujuan untuk membantu mualaf dalam memahami ajaran Islam dan melaksanakan ibadah dengan betul.
Pemilihan peserta ini gabungan dari pembimbing lama dan pembimbing baru bagi membentuk satu gabungan yang sesuai dengan kaedah semasa bagi melahirkan pemimpin dalam kalangan mualaf yang mampu menjadi ketua dan juga pemimpin dalam kalangan bangsa dan etnik masing-masing.
Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Joannes bin Lukas, Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation. Turut hadir ialah Pn. Raudhah binti Kursus @ Othman, Ketua Unit Dakwah Yayasan Taqwa- MAIWP.
Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan adanya program sebegini bagi menggilap lebih ramai lagi pemimpin dari kalangan mualaf di luar sana. Beberapa orang peserta terbaik telah dipilih berdasarkan potensi dan kerjasama yang diberikan sepanjang 3 Hari 2 Malam.