
4 Dis 2021, Georgetown – Yayasan Taqwa MAIWP menyalurkan peruntukan dana berjumlah RM120,000.00 keseluruhanya kepada 8 Institusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan 3 buah Sekolah/ Pusat Pengajian. Peruntukan ini bertujuan bagi melancarkan aktiviti dakwah yang dijalankan oleh Institusi Badan Bukan Kerajaan dan juga aktiviti yang telah dirancang oleh Maahad atau Pusat Pengajian disekitar Pulau Pinang.
Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa atau Islamic Propagation Society International (IPSI) telah mengadakan satu Majlis Pelancaran IPSI dihatiku yang bertempat di dewan IPSI yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad.
IPSI dihatiku adalah untuk memperkenalkan program-program dakwah dan kebajikan kepada kesemua lapisan masyarakat.
Setelah selesai perasmian, YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad turut menyempurnakan simbolik penyerahan replika cek kepada wakil 8 NGO dan 3 Sekolah serta diringi oleh Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP, Y. Bhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin dan Presiden IPSI, Y.Bhg. Dato’ Haji Kamarudin bin Abdullah.
Turut hadir Penaung IPSI, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff, wakil Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Y.Bhg. Dato’ Mohd Zakuan , Mufti Pulau Pinang, SS Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Pemangku KPE Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan dif-dif jemputan.
Semoga dana yang disalurkan ini dapat memberi kelancaran kepada setiap aktiviti dakwah dan penyebaran ilmu diseluruh masyarakat di
Malaysia dan luar Negara.