Sumbangan Musaadah Covid19

/ / Kebajikan
7 Nov. 2020 – Seramai 1000 orang (jumlah keseluruhan) yang telah menerima sumbangan musaadah pasca covid19 di tiga buah negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan . Sumbangan yang sampaikan adalah makanan asasi dan wang tunai.
 
Yayasan Taqwa-MAIWP turut menyalurkan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing bagi tujuan menjalankan program dan aktiviti disitu.
Program sumbangan musaadah ini turut melibatkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia.
 
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Menteri di JPM (Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri.
 
Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan miskin dan B40 khususnya yang terjejas pendapatan akibat pendamik covid19 .