Sumbangan Kepada Ahli Keluarga Nahas Elmina

/ / Kebajikan
25 Ogos 2023, Sepang – Yayasan Taqwa MAIWP menyalurkan sumbangan kepada ahli keluarga mangsa nahas elmina.
 
Pada 17 Ogos, sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16 di Shah Alam dan seramai 10 individu termasuk lapan yang menaiki pesawat ringan dan dua pengguna jalan raya maut pada kejadian tersebut.
 
Yayasan Taqwa MAIWP turut bersimpati diatas kejadian yang berlaku dan mengambil inisiatif dengan menyalurkan sumbangan kepada ahli keluarga mangsa Sharipuddin Bin Shaari, juga merupakan salah seorang pengguna jalan raya yang terlibat dengan nahas tersebut.
 
Sumbangan ini disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar serta diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan.
 
Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban ahli keluarga mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.