Sumbangan Komputer Riba berjumlah RM66,596.00

/ / Pendidikan
25 Mei 2023, Sintok, Kedah – Melalui Majlis Penyampaian sumbangan Program SISWA+ Universiti Utara Malaysia (UUM) pada hari ini, Yayasan Taqwa-MAIWP berbesar hati menyalurkan sumbangan berupa set komputer riba dan data internet kepada 20 orang Mahasiswa terpilih dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berjumlah RM66,596.00.
 
Turut Hadir menyerikan majlis, Yang Berusaha Prof Madya Dr. Massudi Bin Mahmuddin, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Yang Berusaha Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Yang Berusaha Encik Huzaidy Bin Hussain, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Yang Berusaha Encik M. Shahadat bin Ali Nordin, Pengurus Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar serta penerima sumbangan.
Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil yang telah dihulurkan ini sedikit sebanyak mampu memberi semangat, motivasi serta manfaat kepada penerima sumbangan.