Sumbangan Musibah Banjir Lumpur Yan

/ / Kebajikan
3 September 2021, Yan Kedah – Yayasan Taqwa-MAIWP menyalurkan sumbangan berjumlah keseluruhan RM100,000.00 kepada Masjid, Surau, Asnaf dan penduduk setempat yang terkesan akibat musibah banjir lumpur di daerah Yan.
Pada 18 Ogos 2021, kejadian kepala air dari Gunung Jerai yang menyebabkan banjir lumpur di daerah Yan Kedah telah menyebabkan kerosakan dan kemusnahan harta benda Masjid, Surau dan kediaman penduduk setempat.
 
Sumbangan yang melibatkan 5 buah Masjid, iaitu Masjidul ‘ula Singkir Darat, Masjid Nurul Iman Kampung Titi Teras, Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, Masjid As-Syakirin Singkir Laut, dan Masjid Al-Muhammadi Kampung Pauh. Sumbangan juga kepada 4 buah surau iaitu Surau Taman Guru, Surau Kampung Rendang Pasir, Surau Kampung Perigi, dan Surau Kampung Al-Hijrah Kampung Singkir Genting.
 
Setiap Masjid menerima sumbangan RM10,000.00 manakala surau menerima RM5,000.
Sebanyak 200 Bungkus bakul makanan yang disumbangkan kepada 5 khariah masjid untuk diagihkan kepada penduduk kariah yang terjejas.
 
Majlis penyampaian sumbangan dan simbolik replika cek disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang berlangsung di Pejabat Agama Daerah Yan.
 
Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa, YBhg. Ustaz Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku KPE Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan, KPE Lembaga Zakat Negeri Kedah, YBhg. Tuan Haji Zakaria bin Othman, dan Pegawai Agama Daerah Yan, YBhg. Syeikh Alwi bin Othman serta
dengan kehadiran wakil dari pihak Masjid dan Surau.
 
Turut menziarahi keluarga asnaf disekitar tempat musibah banjir dan menyampaikan sumbangan wang tunai setiap keluarga.
Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban yang dialami oleh mangsa musibah banjir di Yan.