SUMBANGAN RM10,000.00 BAGI MUSAADAH BANJIR BALING

/ / Pendidikan
21 November 2021, Baling Kedah – Sumbangan RM10,000.00 bagi Musaadah Banjir kepada pelajar dan Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah, Baling.
 
Awal November 2021, dalam tempoh seminggu sebanyak 3 kali kawasan Baling Kedah dilanda banjir,akibat hujan yang berterusan menyebabkan limpahan air dari Sungai Ketil yang turut menjejaskan kediaman penduduk dibeberapa kawasan mukim siong, Baling, Bongor, dan Teloi kanan.
 
Tragedi banjir yang menimpa di kawasan itu turut mendapat perhatian pihak Yayasan Taqwa-MAIWP. Satu Majlis secara sederhana diadakan oleh pihak SK Tunku Puan Habsah bagi tujuan penyampaian simbolik replika cek dan sumbangan kepada pelajar serta keluarga yang ditimpa musibah banjir.
 
Dalam ucapan Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin berkata, “ Hadapilah ujian ini dengan penuh ketaqwaan, keredaan dan kesabaran agar apa yang dilalui ini dapat meningkatkan lagi iman dan taqwa kita didalam perjalanan bertemu dengan Allah s.w.t. Semoga kehidupan kita ini sentiasa diredhai Allah”.
 
Setelah selesai ucapan, majlis diteruskan dengan penyampaian replika cek dan sumbangan wang tunai kepada pelajar. Penyampaian disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg. Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin kepada Penolong Kanan Pentadbiran SK Tunku Puan Habsah, Encik Juraidi bin Che Din serta diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan.
 
Y.Bhg. Dato’ Haji Razali dan Tuan Haji Zabidi turut diiringi oleh guru sekolah untuk menziarah dibeberapa tempat kejadian dan melihat keadaan sebenar rumah keluarga pelajar yang terjejas akibat banjir.
 
Yayasan Taqwa-MAIWP juga berharap sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban ahli keluarga pelajar dan pihak sekolah sekaligus memberi kekuatan semangat kepada mangsa untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.