Sumbangan RM600,000.00 kepada Mangsa-Manga Musibah di Tanjung Bidara

/ / Dakwah
14 Ogos 2022, Tanjung Bidara – Negara dikejutkan dengan musibah ribut yang kuat berlaku di selatan tanah air sekitar Tanjung Bidara, Melaka Bandaraya Bersejarah pada 9 Ogos 2022 yang melibatkan kemusnahan dan kerosakan dibeberapa buah kampung, sekolah dan Masjid.
 
Justeru itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Yayasan Taqwa MAIWP telah memperuntukkan dengan jumlah keseluruhan sumbangan RM600,000.00 kepada mangsa- manga ribut di Tanjung Bidara, Melaka dengan perincian sumbangan sebanyak RM100,000.00 bagi tujuan bantuan membaikpulih sepuluh (10) buah rumah yang mengalami kerosakan bumbung yang teruk termasuk peralatan, RM300,000.00 kepada 60 buah keluarga yang mengalami kerosakan biasa dan bantuan kepada masjid dan surau yang terjejas sebanyak RM50,000.00. Bantuan- bantuan in akan disalurkan terus kepada Majlis Agama Islam Negeri Melaka untuk agihan kepada manga yang terlibat. Manakala RM150,000.00 diperuntukkan kepada Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim bagi tujuan baikpulih kemusnahan yang berlaku.
 
Turut diadakan majlis ringkas simbolik penyerahan replika cek Sumbangan Bantuan Musibah yang disampaikan oleh Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri (Hal’ Ehwal Agama),Tuan Haji Wan Rohimi bin Wan Daud, kepada YBhg. Dato’ Che Sukri Bin Che Mat, serta diiringi oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Mailis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. En. Mohd Nizam Bin Yahya dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa MAIWP, YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor di Dewan SMA (JAIM) Al – Ehya El – Karim, Tanjung Bidara, Melaka.
 
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Tn. Hj Zabidi Bin Nasan, serta beberapa pegawai dari pejabat YB Menteri di JPM (HEA), Pejabat JAIM , wakil pejabat MAIM serta MAIWP.
Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberi semangat serta kelegaan kepada mangsa yang terjejas.