
ZIARAH KASIH DAN LAWATAN TAPAK PEMBINAAN BAYT AL RAHMAH AGENSI YB MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) DI JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TAKZIM
21 Januari 2024, Johor Bahru – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Yayasan Taqwa – MAIWP telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Program Bantuan Musibah di seluruh negara.
Pada Disember 2022 yang lalu telah berlaku kebakaran melibatkan rumah Puan Daliyanah binti Yaamat. Akibat musibah itu, keseluruhan rumahnya telah hangus dijilat api.
Sesi Ziarah Kasih dan lawatan tapak pembinaan Bayt Al Rahmah telah diadakan di lokasi kebakaran dan tapak itu juga akan dibina Bayt Al Rahmah.
Sesi tersebut dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB. Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Hj Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa – MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Pengurus Baitulmal MAIWP, Ustaz Ahmad Talmizi bin Haji Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif YaPIEM,Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohmammad, Ketua Kampung dan wakil dari pemimpin setempat.
YB Menteri telah menyampaikan replika sumbangan pembinaan Bayt Al Rahmah dan bakul rahmah kepada keluarga mangsa yang diwakili oleh suaminya. Disamping itu, YB Menteri turut bertanya khabar dan menyantuni ahli keluarga dan jiran sekitar.
Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban serta memberi semangat baru kepada Puan Daliyanah sekeluarga.