Ziarah Tautan Kasih bersama masyarakat di Kampung Mersilou

/ / Dakwah
20 Mei 2023, Kg Mersilou, Kundasang – Yayasan Taqwa-MAIWP bersama Sekretariat Dakwah Koperat (SDK) JAKIM telah mengadakan Ziarah Tautan Kasih bersama masyarakat di Kampung Mersilou, Kundasang.
 
Sepanjang program tersebut pelbagai aktiviti diadakan dan bermula seawal pagi dengan halaqah bimbangan asas fardhu ain dan kelas teori pengurusan jenazah kepada penduduk kampung.
 
Aktiviti seterusnya diisi dengan ceramah yang bertajuk “Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Taqwa – MAIWP, YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan Mohd Nor. Turut diadakan gotong royong dan sukaneka bersama penduduk kampung.
 
Pada malam tersebut, program diteruskan dengan mini Forum Perdana yang bertajuk “Indah Peribadi Keluarga Harmoni” menampilkan panel pertama, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Abdul Manap Lakariba, panel kedua, Pengerusi Yayasan Taqwa -MAIWP, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dan panel ketiga Ketua Jabatan Syariah, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Dr. Ahmad Basri bin Ibrahim.
Seterusnya program diteruskan dengan Malam Kesenian Islam dimana penduduk kampung masing- masing menunjukkan bakat dengan menyajikan persembahan nasyid.
 
Turut diadakan sumbangan bakul makanan berupa makanan kering kepada 200 KIR di perkampungan tersebut dan penyerahan sumbangan kepada Masjid Al- Hikmah daripada SDK , JAKIM.
 
Turut serta dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengerusi Yayasan Taqwa- MAIWP, Profesor Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Kori bin Jusoh, Pengarah JAKIM Sabah, Datuk Hj Norjeli, Ketua Kampung dan wakil agensi- agensi di bawah SDK JAKIM
Sepanjangan program ini sambutan dari masyarakat setempat amat luar biasa. Semoga usaha dan sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada semua penerima.