Bantuan Persekolahan kepada Anak-anak Pelarian

/ / Pendidikan
10 Oktober 2024, Nilai – Malam Kemanusiaan dan Perasmian Sempena Karnival Mahasiswa anjuran Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan (FKP) USIM.
Majlis diadakan bagi mendedahkan kepada Mahasiswa tentang keperluan melibatkan diri dalam program kemanusiaan samada di Malaysia atau di peringkat global.
Yayasan Taqwa-MAIWP juga turut menyalurkan sumbangan kepada Pertubuhan Pendidikan Jasmine Ash Shams berjumlah RM20,000 bagi bantuan persekolahan kepada anak-anak pelarian dari negara-negara seperti Palestin, Syria, Mesir, Jordan, Afghanistan, Iran dan sebagainya.
 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB. Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Haji Mokhtar menyempurnakan penyerahan cek cura simbolik sumbangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Malaysia, Syahrir Azfar Saleh.
 
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Tn. Hj. Zabidi Bin Nasan, Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Timbalan Naib Canselor (Akademik) USIM, Prof Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) USIM, Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) USIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor.
 
Semoga dengan sumbangan yang disalurkan ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus belajar.