29 Julai 2023, Pulau Pangkor – Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah diadakan bertempat di Madrasah An Nur Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Madrasah. Selain itu, aktiviti memasak antara rombongan peserta MAIWP bersama penduduk kampung dan sebagainya.
Melalui program ini juga Yayasan Taqwa-MAIWP turut menyalurkan bantuan sumbangan makanan kepada 65 keluarga asnaf di sekitar penduduk Teluk Nipah, Pulau Pangkor dan sedikit penyerahan sumbangan berupa replika cek kepada Madrasah An Nur.
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Kewangan Yayasan Taqwa-MAIWP, Puan Hajah Hasma binti Harun dan turut hadir Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Puan Yazah binti Ahmad dan Mudir Madrasah An Nur, Ustaz Mohd Salman bin Sidek serta rombongan yang terlibat.
Program tersebut amat meriah dengan kehadiran penduduk setempat sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara masyarakat. Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar tahfiz serta meringankan kos harian hidup bagi penerima sumbangan bakul makanan.





















