Santuni Rumah Kebajikan Darul Hanan

/ / Kebajikan
30 Jun 2026, Pasir Gudang – Yayasan Taqwa-MAIWP terus memperkukuh agenda kebajikan masyarakat melalui penganjuran Program Temu Seru Bersama Komuniti Madani dengan penyampaian sumbangan kepada Rumah Kebajikan Darul Hanan Johor yang kini menempatkan seramai 43 orang anak yatim, merangkumi 26 orang perempuan dan 17 orang lelaki. Bantuan yang dihulurkan ini adalah khusus bagi menampung keperluan asasi para penghuni termasuk kos makan minum serta pembayaran utiliti bangunan tersebut.
 
Dalam program ini, Yayasan Taqwa-MAIWP telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM10,000 bagi meringankan beban pengurusan rumah kebajikan berkenaan. Selain itu, agensi-agensi lain yang turut memberikan sokongan melalui sumbangan daripada Yayasan Waqaf Malaysia berjumlah RM12,540 dan YAPEIM sebanyak RM4,300.
 
Kejayaan pelaksanaan program ini merupakan kerjasama strategik antara pelbagai agensi penting iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Taqwa-MAIWP, Yayasan Waqaf Malaysia, YAPEIM dan TV Alhijrah. Gabungan tenaga ini membuktikan bahawa kerjasama rentas agensi mampu memberikan impak yang lebih besar kepada kebajikan komuniti.
 
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg. Dr. Mohd Faridh Hafez bin Mhd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg. Tuan Encik Abdul Halim Bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia. Y.Bhg. Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi JAIJ, Nik Muhammad Hazwan bin Nek Azis, Ketua Seksyen Pembangunan Pendidikan YAPEIM dan Puan Suhailah binti Omar, Naib Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Hanan.
 
Melalui inisiatif ini, pihak penganjur berharap agar kebajikan anak-anak yatim di Darul Hanan sentiasa terpelihara sekaligus menyuntik semangat buat mereka untuk terus berjaya dalam kehidupan.
 
Yayasan Taqwa-MAIWP kekal komited untuk menerajui usaha-usaha kebajikan dan akan terus menjalinkan kerjasama strategik demi memastikan kesejahteraan umat Islam di Malaysia sentiasa terjaga melalui pendekatan yang inklusif.