Laman Web Rasmi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

  • Laman Utama
  • Kenali Kami
    • Sejarah Penubuhan
    • Peranan Utama
    • Objektif Korporat
    • Visi & Misi
  • Teras Utama
    • Pendidikan
    • Kebajikan
    • Dakwah
  • Hubungi Kami
    • Lokasi Kami
    • Ahli Lembaga Pemegang Amanah
    • Direktori Staf
    • Pertanyaan / Aduan / Cadangan
  • Tender
    • Kenyataan Tender yang telah diterima
  • Home
  • Pendidikan
  • Huffaz Berkemahiran

Huffaz Berkemahiran

by Unit Pendidikan / Tuesday, 01 July 2025 / Published in Pendidikan
29 Jun 2025, Nilai – Yayasan Taqwa MAIWP telah menyalurkan bantuan bagi pelaksanaan Program TVET kepada pelajar-pelajar tahfiz terpilih sempena Majlis Penganugerahan Sijil Profesional Pengurusan Institusi Dakwah (SPPID) 2025 di Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Seramai 21 orang pelajar Maahad Tahfiz terpilih sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah berjaya menamatkan latihan selama enam bulan hasil kerjasama Pertubuhan Penggerak Huffaz Berkemahiran dan UniMAP. Program ini memberi pendedahan kepada pengurusan masjid, aplikasi komputer, serta latihan lapangan di lima masjid terpilih.
 
Tujuannya jelas memperkasa huffaz dengan kemahiran vokasional dan kepimpinan agar mampu menjadi pendakwah profesional dan pengurus komuniti yang relevan dengan cabaran semasa.
 
Program ini juga mendapat kerjasama baik diantara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Akademi Penggerak Huffaz Selangor.
 
Majlis dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa MAIWP, YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, yang turut menzahirkan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke seluruh negara.
 
Majlis diserikan lagi dengan penyerah cek cura sebagai simbolik penyerahan bantuan yang disampaikan oleh Pemegang Amanah Yayasan Taqwa MAIWP, YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail kepada Dato’ Ahmad Tajudin bin Jab, Pengerusi Penggerak Huffaz dan Pengarah Program SPPID,
Turut hadir, Prof Madya Ts Dr Nasrul bin Hamidin, Pengarah PDCE UniMAP@KL.
 
Diharapkan hasil daripada inisiatif dan sumbangan ini dapat membuka lebih banyak ruang kepada anak-anak tahfiz untuk bukan sahaja menjadi huffaz al-Quran, tetapi juga sebagai pemimpin masyarakat, pengurus masjid, pendakwah profesional, dan individu berwibawa dalam pelbagai lapangan kehidupan.

What you can read next

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020, KAWASAN BATANG SADONG, SARAWAK
Sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar
PROGRAM SKUAD KECEMERLANGAN AKADEMIK (SCAD) 2018, PERINGKAT NEGERI KELANTAN

SEARCH

RECENT POSTS

  • Sumbangan Kepada Pusat Jagaan Anak Yatim

  • Bantuan bagi memperkukuhkan peranan Ma’ahad An Noer

  • Sumbangan Untuk Pembangunan Surau Chemperoh

logo-ppz-transparent
YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN

Tingkat 11, Bangunan PERKIM,
No. 150 Jalan Sultan Azlan Shah
51200 Kuala Lumpur. MALAYSIA.
No Tel : 03-4041 4155 / 4166
Email : [email protected]

  • GET SOCIAL

© 2023 HAK CIPTA TERPELIHARA. YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN. Disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat

TOP