
Pada 11April 2017, Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2017, peringkat Negeri Sarawak, kawasan Jemoreng kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Majlis sumbangan ini telah diadakan di perkaranganSekolah Kebangsaan Orang Kaya Sergunim, Matu, Sarawak. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Bin Jaya, Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng yang berbesar hati untuk hadir sertamerasmikan majlis tersebut. Turut hadir, Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan,Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Sergunim, guru-guru dan penerima sumbanganyang menyaksikan penyerahan sumbangan berupa set pakaian dan peralatan persekolahan kepada seramai 299orang pelajar. Di dalam ucapannya, YB Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Bin Jaya menekankan bahawa pendidikan adalah kunci kepada pengubah masa depan seseorang dan seterusnya boleh mengubah nasib keluarga. Beliau turut menyeru warga pendidik agar bersikap lebih proaktif dalam membantu dan membimbing pelajar bagi mempertingkatkan prestasi dalam pelajaran. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah diatas kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibatbagi membolehkan majlis tersebut berjalan lancar.