Laman Web Rasmi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

  • Laman Utama
  • Kenali Kami
    • Sejarah Penubuhan
    • Peranan Utama
    • Objektif Korporat
    • Visi & Misi
  • Teras Utama
    • Pendidikan
    • Kebajikan
    • Dakwah
  • Hubungi Kami
    • Lokasi Kami
    • Ahli Lembaga Pemegang Amanah
    • Direktori Staf
    • Pertanyaan / Aduan / Cadangan
  • Tender
    • Kenyataan Tender yang telah diterima
  • Home
  • Pendidikan
  • MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2017, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG , KAWASAN TASEK GELUGOR

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2017, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG , KAWASAN TASEK GELUGOR

by Unit Pendidikan / Saturday, 21 January 2017 / Published in Pendidikan

Pada 21 Januari 2017, Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Utara dan Pejabat Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2017, peringkat Negeri Pulau Pinang, kawasan Tasek Gelugor kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Majlis sumbangan ini telah diadakan di Dewan Sekolah Menegah Kebangsaan Desa Murni, Butterworth, Pulau Pinang. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Shabudin Bin Hj.Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugoryang berbesar hati untuk hadir sertamerasmikan majlis tersebut. Turut hadir, YB Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Dua,Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan,Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP) dan wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara yang menyaksikan penyerahan sumbangan berupa set pakaian dan peralatan persekolahan kepada seramai 298orang pelajar. Di dalam ucapannya, YB Datuk Shabudin Bin Hj.Yahayaturut mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah diatas kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibatbagi membolehkan majlis tersebut berjalan lancar. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi galakan dan dorongan serta membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna dan lebih baik dari masa ke semasa.

What you can read next

Sumbangan Bantuan Mesin Penapis Air
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2018, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG, KAWASAN BALIK PULAU
PROGRAM SKUAD KECEMERLANGAN AKADEMIK (SCAD) 2018, PERINGKAT NEGERI MELAKA

SEARCH

RECENT POSTS

  • Sumbangan Kepada Pusat Jagaan Anak Yatim

  • Bantuan bagi memperkukuhkan peranan Ma’ahad An Noer

  • Sumbangan Untuk Pembangunan Surau Chemperoh

logo-ppz-transparent
YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN

Tingkat 11, Bangunan PERKIM,
No. 150 Jalan Sultan Azlan Shah
51200 Kuala Lumpur. MALAYSIA.
No Tel : 03-4041 4155 / 4166
Email : [email protected]

  • GET SOCIAL

© 2023 HAK CIPTA TERPELIHARA. YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN. Disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat

TOP