PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

/ / Pendidikan
07 Dis 2021, Melaka – Majlis serahan sumbangan Yayasan Taqwa berjumlah RM10,000.00 sempena Pesta Konvo Maya Tuah UTeM 2021 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Zabidi Nasan berkata, sumbangan itu tanda sokongan pihak yayasan kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam membantu golongan pelajar B40 yang memerlukan.

Katanya, ia sekali gus memeriahkan Pesta Konvo Maya atau TUAH VCF 21 sempena Majlis Konvokesyen Ke-16 UTeM selain menggalakkan agar semua pihak mengambil peluang untuk bermurah hati dalam menghulurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan.

“Kebaikan adalah seperti magnet yang menarik segala kebaikan lain di dalam kehidupan seharian,” katanya dalam Majlis Penyerahan Sumbangan di pejabat HEP, UTeM di sini

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, YBhg. Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif dan Pemangku KPE Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan dif-dif jemputan.
 
Semoga dana yang disalurkan ini dapat memberi kelancaran kepada setiap aktiviti dakwah dan penyebaran ilmu diseluruh masyarakat di Malaysia dan luar Negara.