PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG (SUIT) 2019, PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

/ / Pendidikan

Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang (SUIT) 2019, Peringkat Negeri Pulau Pinang pada kali ini telah diadakan pada 3 Julai 2019 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah anjuran Yayasan Taqwa (MAIWP). Seramai 200 orang pelajar tingkatan 3 hingga 5 daripada SMK Guar Perahu Indah telah terpilih sebagai peserta program yang dijalankan dalam tempoh sehari. Melalui penceramah yang dijemput khas iaitu Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Saifullah,  peserta dirangsang untuk melakukan perubahan diri melalui integrasi pada peringkat fizikal, mental, rohani, emosi dan sosial. Program ini juga dijalankan bagi membina keyakinan diri pelajar bahawa mereka telah dicipta dengan sebaik kejadian dan bukan dicipta untuk gagal. Para peserta yang khususnya merupakan pelajar tingkatan 3 hingga 5 (peringkat kritikal dalam menempuh usia remaja) juga dibimbing untuk membuat persediaan untuk menghadapi cabaran dunia di masa akan datang dengan jati diri yang mantap dan komunikasi yang cemerlang. Melalui maklumbalas yang diberikan oleh Puan Norsuzila Binti Azizan yang merupakan guru bimbingan dan kaunseling di SMK Guar Perahu Indah, beliau berpandangan program berjalan dengan lancar dan semua peserta dapat menumpukan sepenuh perhatian sepanjang program berlansung yang menunjukkan penceramah berjaya menarik tumpuan pelajar. Beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.