
02 November 2023, Kuala Lumpur – Majlis Penyampaian Bantuan Sewa Kediaman Mahasiswa Universiti Awam di Wilayah Persekutuan yang diadakan bertempat di Dewan Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cawangan Kuala Lumpur.
Pada hari ini MAIWP menyampaikan Bantuan Sewa Kediaman Mahasiswa kepada 3,327 orang pelajar dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM3.99juta. Melalui program ini juga Yayasan Taqwa-MAIWP turut menyampaikan sumbangan Bantuan Mesin Penapis Air kepada 12 buah Kolej Kediaman UKM dengan jumlah sebanyak RM50,000.00.
Majlis penyampaian ini disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa – MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil.
Semoga sumbangan yang disampaikan pada hari ini dapat membantu meringkankan beban para pelajar yang terdiri daripada asnaf.