Sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar

/ / Pendidikan
27 September 2024, Kuala Krai – Yayasan Taqwa – MAIWP telah menyalurkan bantuan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada pihak Sekolah Kebangsaan Telkong, Kuala Krai, Kelantan.
 
Pihak Sekolah juga turut mengadakan Seminar Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar kepada pelajar- pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 yang bertempat di Dewan terbuka Sekolah.
 
Disamping itu juga, Yayasan Taqwa MAIWP turut menyumbang beg sekolah kepada pelajar-pelajar dan 2 buah komputer riba kepada pihak Sekolah.
Penyampaian sumbangan dan Perasmian Seminar Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB. Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.
 
Turut diadakan Majlis penyerahan cek cura simbolik sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP, YBhg. Dato’ Mohammad bin S. Ahmad kepada Guru Besar SK Telkong serta disaksikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
YB Menteri juga turut menyampaikan pesanan kepada pelajar-pelajar supaya belajar dengan tekun agar menjadi orang yang berilmu dan berakhlak kepada masyarakat.
 
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan wakil PPD Daerah Kuala Krai serta wakil-wakil agensi dibawah Jabatan Pejabat Menteri ( Hal Ehwal Agama).
 
Semoga dengan sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu pelajar-pelajar dan melancarkan aktiviti-aktivi yang telah dirancang oleh pihak Sekolah.