PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020, KAWASAN SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

/ / Pendidikan

Seramai 314 orang pelajar sekolah rendah daripada keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan Seremban, Negeri Sembilan telah menerima bantuan persekolahan sempena Program Jom Ke Sekolah 2020, Kawasan Seremban, N.Sembilan yang telah diadakan pada 23 November 2020 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Panchor, Seremban, Negeri Sembilan. Program anjuran bersama Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Khidmat DUN Lenggeng ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Yang Behormat Haji Ustaz Suhaimi Bin Haji Kassim. Turut hadir menyerikan majlis, Ketua Unit Pendidikan Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg. Encik Muhamad Hafiz Bin Razi. Bagi Program Jom Ke Sekolah 2020, Kawasan Seremban, N.Sembilan pada kali ini, Yayasan Taqwa-MAIWP telah menyumbangkan sumbangan berbentuk set pakaian dan peralatan persekolahan kepada pelajar-pelajar yang terpilih yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini diberikan bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut belajar dalam keadaan yang lebih selesa dengan pakaian baru. Selain itu juga, ia juga bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan berjaya di alam persekolahan dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan kelak bagi membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan.