Pada 2 Julai 2019, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah mengadakan Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang (SUIT) 2019, Peringkat Negeri Kedah kepada seramai 200 orang pelajar (tingkatan 3 hingga 5) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar. Program yang memfokuskan kepada pembentukan sahsiah diri pelajar khususnya kepada pelajar di peringkat menengah ini telah dilaksanakan bertempat di Surau SMK Tajar.
Seramai 200 orang pelajar tingkatan 3 hingga 5 yang terpilih dari sekitar daerah Rembau telah mengikuti Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang (SUIT) 2019, peringkat Negeri N.Sembilan yang diadakan pada 24 Jun 2019 bertempat di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, N. Sembilan. Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan program anjuran Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama
Pada 13 Mei 2019, Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Persatuan Mahasiswa Prihatin dengan kerjasama Pusat Islam UKM telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Food For Mahasiswa (FFM) 2019 bertempat di Masjid Universiti UKM. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Lembaga Pemegang
Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Persatuan Mahasiswa Prihatin telah menganjurkan Program Food For Mahasiswa (FFM) 2019 bertempat di Pusaneka UKM pada 23 April 2019. Melalui program ini, sejumlah 200 pek makanan dan minuman diagihkan kepada mahasiswa UKM yang memerlukan setiap minggu (selama 24 minggu) bertempat di Pusaneka UKM yang digerakkan oleh urusetia daripada kalangan mahasiswa. Turut
Seramai 600 orang pelajar sekolah rendah daripada keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Jerlun, Kedah telah menerima bantuan persekolahan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2019, Kawasan Jerlun, Kedah yang telah diadakan pada 10 Februari 2019 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah. Program anjuran bersama Yayasan Taqwa (MAIWP), Pusat Khidmat Rakyat DUN Kota
Pada 20 Januari 2019, Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah dan Pejabat ADUN Permatang Pasir telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2019, peringkat Negeri Pulau Pinang, Kawasan Permatang Pasir kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Majlis yang diadakan di SMK Permatang Pasir, Bukit Mertajam ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat
Seramai 700 orang pelajar sekolah rendah daripada keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan telah menerima bantuan persekolahan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2019, peringkat Negeri N.Sembilan, kawasan Port Dickson yang telah diadakan pada 13 Januari 2019 bertempat di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Program anjuran bersama Yayasan Taqwa (MAIWP)
Pada 8 Disember 2018, Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2019, peringkat Negeri Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar negeri Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan pada majlis tersebut adalah aktiviti senam aerobik, ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh pihak PICOMS. Majlis sumbangan
Pada 28 Julai 2018 yang lalu, Yayasan Taqwa (MAIWP) bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah menganjurkan Program Skuad Kecemerlangan Akademik (SCAD) 2018 bagi Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hj. Talib Karim, Alor Gajah, Melaka. Program sehari dan berkonsepkan “Smart Muslim Student’s Seminar” ini telah berjaya mengumpulkan seramai 390
Khamis, 12 Julai – Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah menganjurkan Program Skuad Kecemerlangan Akademik (SCAD) 2018, Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir. Berobjektifkan untuk membentuk generasi pelajar yang bermotivasi dan komited dalam meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri, membina tahap keyakinan yang tinggi dan